CICI THE HUNT
GENRE
Cici The Hunt adalah permainan survival yang mempunyai elemen adventure. Pemain harus menghindari berbagai rintangan dan melompat, menggeser, atau menunduk untuk tetap bergerak sejauh mungkin. Selain itu, terdapat elemen collecting items seperti kuih tradisional.
OBJECTIVE
Tujuan utama dalam Cici The Hunt adalah berlari sejauh mungkin sambil menghindari rintangan, seperti palang dan benda-benda lain. Pemain harus mengumpulkan point (kuih tradisional) untuk meningkatkan skor. Setiap kali pemain terlanggar halangan atau rintangan, permainan berakhir, dan pemain harus memulai dari awal dengan skor tertinggi yang dicatat.
WORLDBUILDING
Dipasar terdapat sekumpulan tikus bersarang. Pasar tersebut menjadi tumpuan mereka disebabkan sisa makanan yang banyak dibuang sekitar pasar tersebut oleh kerana ramai pengunjung yang datang. Sehinggalah suatu hari seekor tikus bernama Cici kelaparan dan cuba keluar untuk mencari sisa makanan, tetapi sisa makanan yang dijumpainya tidaklah mampu mengenyangkan perut Cici. Dia pun berjalan-jalan di pasar tersebut yang ramai pengunjung itu dengan pantas supaya tiada orang yang perasan kehadirannya. Sehinggalah Cici terbau-bau makanan yang sedap, iaitu kuih-muih. Cici yang sedang kelaparan itu cuba untuk beranikan diri mencuri kuih tersebut namun penjual tersebut perasan dengan tindakan Cici itu dan terus mengejar Cici. Bermulalah permainan dimana ketika Cici berlari dikejar oleh penjual tersebut, dia perlu mengutip point yang ada seperti kuih -muih tradisional dan sebagainya untuk kekal pantas berlari melepaskan diri dari penjual tersebut.
GAME DESIGN
a. Tema dan Setting:
- Tema: Game ini berlatarkan pasaraya , di mana pemain mengendalikan seekor tikus, Cici, yang melarikan diri dari penjual sambil mengumpulkan pelbagai item seperti makanan tradisional.
- Setting: Pasar yang banyak rintangan (penangkap tikus) yang perlu dielakkan oleh Cici.
b. Karakter:
- Cici: Karakter utama yang perlu mengumpulkan makanan untuk mempercepatkan lariannya dan menghindari pengejaran.
c. Tujuan Permainan:
- Pemain harus berlari sejauh mungkin sambil mengumpul point seperti nona manis , bahulu dan lain lagi untuk meningkatkan kelajuan.
- Menghindari halangan palang, dan penangkap tikus.
- Skor tertinggi dicatatkan setiap kali permainan berakhir (apabila Cici ditangkap).
GAME MECHANICS
a) Gerakan dan Kontrol:
1) Lari terus kehadapan: Pemain menggerakkan Cici dengan menekan butang kanan tetikus
2) Lari kekanan : Pemain menggerakkan Cici kekanan dengan menekan anak patah arah kanan.
3) Lari kekiri : Pemain menggerakkan Cici kekiri dengan menekan anak patah arah kiri.
4) Melompat: Menekan butang lompat untuk menghindari halangan atau objek yang ada di jalan (anak panah keatas)
5) Menggelungsur/Menunduk: Menekan butang untuk meluncur atau menunduk menghindari rintangan seperti palang yang rendah.(anak panah kebawah)
6) Lari sambil menari : Pemain menggerakkan Cici menari dengan menekan D
7) Berjalan : Pemain menggerakkan Cici berjalan dengan menekan W
8) Mati: Cici akan mati jika terkena rintangan.
b) Sistem Skor:
- Skor Berterusan: Skor akan meningkat mengikut jarak yang telah dilalui dan jumlah item yang dikumpulkan.
- Papan Skor: Papan skor akan menunjukkan skor tertinggi, memberi cabaran untuk memecahkan rekod sendiri atau orang lain.
- Kumpul Koin dan Item: Pemain mengumpulkan koin dan item seperti bahulu, ketupat, dan lemang yang tersebar di sepanjang jalan untuk meningkatkan kelajuan dan skor.
- Meningkatkan Skor: Setiap point yang dikumpul akan menambah skor pemain.
GAME ENGINE
Cici The Hunt menggunakan Unity Engine. Unity adalah engine yang sangat fleksibel dan popular untuk membangunkan permainan 2D dan 3D. Dengan sokongan scripting menggunakan C#, Unity memudahkan pengaturcara untuk mencipta kawalan pemain, interaksi, dan sistem rintangan.
Leave a comment
Log in with itch.io to leave a comment.